WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur, yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, serta kawasan Jerantut dan Kuantan, Pahang dari 6 hingga 7 Disember 2018.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung susulan angin kuat pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan, MMD memaklumkan, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu serta Jerantut dan Kuantan di Pahang.
“Angin timuran dari Lautan Pasifik Barat dijangka bertiup secara konsisten dan bertumpu di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.
“Sehubungan itu, Amaran Cuaca Waspada Kuning dikeluarkan berkuatkuasa pada 6-7 Disember ini.”
SUMBER: