Kes 1MDB Dalam Silibus Sejarah Malaysia?

TULAR:
870

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan berhubung kenyataan YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan memasukkan kes 1MDB ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Merujuk kepada laporan media yang memetik jawapan lisan YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, yang disampaikan di Dewan Rakyat, ingin ditegaskan bahawa YB Dr. Mazslee tidak sama sekali menyebut kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.

Semasa menjawab soalan tambahan YB Pontian, YB Dr. Maszlee Malik hanya menyebut bahawa isu 1MDB akana dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

Laporan media memetik seolah-olah YB Dr. Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat. Sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI