Tumpahan Bahan Kimia Di Dalam Bangunan Komtar?

TULAR:
759
Sumber gambar: Facebook

PENJELASAN:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperjelaskan dakwaan kononnya berlaku tumpahan bahan kimia di tingkat satu bangunan Komtar.

Sumber gambar: Twitter

Pemeriksaan bomba mendapati ia adalah bau pencuci lantai yang digunakan secara berlebihan.

Menurut Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Azmi Ahmad, pihaknya menerima panggilan memaklumkan berlaku tumpahan bahan kimia di tingkat satu bangunan itu pada 12 tengah hari.

“Tiga jentera termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati bahan yang dimaksudkan itu bukanlah bahan kimia sebaliknya bahan pencuci lantai.

“Pasukan Hazmat turut membuat pemeriksaan rapi dan pembersihan bagi memastikan tiada sebarang bahan kimia di situ sebelum menyerahkan kepada pihak penyelenggaraan Komtar untuk tindakan selanjutnya.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI