Ops Selamat #9 Berkuatkuasa?

TULAR:
793

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Ops Selamat #9 telah berkuatkuasa. Mesej tersebut juga mendakwa kesalahan yang dilakukan seperti mesej di bawah tidak akan dikenakan kompaun, sebaliknya akan didakwa terus ke pihak mahkamah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh JPJ, serta ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI