Waspada Iklan Promosi Pelaburan Bitcoin Yang Menggunakan Nama Personaliti Berprofil Tinggi

TULAR:
1375

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan iklan yang tersebar di portal-portal berita yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, mendakwa kononnya beliau mempromosi pelaburan mata wang kripto atau Bitcoin secara dalam talian.

Berdasarkan artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin seperti dipautan berikut, https://sebenarnya.my/waspada-emel-dan-laman-sesawang-yang-menyalahgunakan-nama-yab-perdana-menteri/

Kandungan yang berkaitan termasuk wawancara ‘palsu’ yang kononnya dibuat dengan beberapa personaliti berprofil tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, angkasawan negara Sheikh Muszaphar Shukor, Tan Sri Robert Kuok, dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.

MCMC mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. MCMC turut meminta orang ramai tampil membuat aduan sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung isu ini bagi membolehkan tindakan susulan diambil.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI