Waspada Individu Yang Menyamar Sebagai Pegawai MCMC Melalui Panggilan Telefon

TULAR:
1467

Menurut Kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC):

Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam. Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan.

Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial milik MCMC. Pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan peribadi individu. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mendapatkan pengesahan sewajarnya. Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali dan jangan memindahkan wang kepada akaun yang diragui.

Selain itu, orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil (block call /reject list) atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki.

Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan berhubung penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian Hotline 997, yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam untuk tindakan lanjut.

Berita terdahulu pada 2 Februari 2023

Berita terdahulu pada 12 Mei 2022

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC

X Rasmi MCMC

Instagram Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI