Waspada Panggilan Daripada Individu Yang Menyamar Sebagai Pegawai Tribunal MCMC

TULAR:
581

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai daripada Tribunal MCMC.

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Tribunal MCMC tidak wujud dalam struktur organisasi Suruhanjaya. Begitu juga tidak ada kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa.

Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan Suruhanjaya lazimnya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya dan bukannya menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali. Sekiranya menerima panggilan-panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 ataupun kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC
Twitter Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI