WASPADA:
Orang ramai khususnya pengundi pos dinasihatkan agar tidak memasukkan kertas undi ke dalam peti surat pejabat pos, sebaliknya harus mengikut saluran dan langkah yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut Timbalan Pengarah SPR Perak, Shazree Idzham Wahab, pihaknya mengesan beberapa kes pengundi pos di negeri Perak melakukan kesilapan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 2013 tetapi tidak mendedahkan angka kes berkenaan.
“Terdapat beberapa kes pengundi pos yang kurang arif prosedur undian pos pada pilihan raya dahulu telah memasukkan kertas undi ke dalam peti surat biasa. Apabila kita buat post mortem (bedah siasat), kita mendapati ada kertas undi tidak sampai. Dan apabila kita siasat di pejabat pos, didapati banyak kertas undi dalam peti surat.”