Ribuan Hektar Tanah Di Bentong Dan Raub Dijual Kepada Warga China Bagi Tujuan Penanaman Durian Musang King?

TULAR:
1531

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub telah dijual kepada warga China bagi tujuan penanaman durian Musang King.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kerajaan Pahang menafikan dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub telah dijual kepada warga China bagi tujuan penanaman durian Musang King.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan permohonan menukar hak milik tanah kepada bukan warganegara.

“Dasar kerajaan negeri adalah kita tidak meluluskan permohonan tanah kepada warga asing, apatah lagi jika ia melibatkan tanah untuk tujuan pertanian. Bukan setakat tanah, malah untuk pemilikan harta jenis ‘landed property’ (kediaman di tanah) juga tidak diluluskan kepada warga asing.”

SUMBER: 

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI