Waspada Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Beberapa Kawasan Perairan

TULAR:
595
Sumber gambar : MET

WASPADA:

Orang ramai khususnya dalam perindustrian perkapalan diminta berwaspada dengan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) yang melibatkan di beberapa kawasan perairan dari Sabtu, 7 April 2018 sehingga Isnin, 9 April 2018.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan Jabatan Meterorologi Malaysia (MMD):

Amaran kategori pertama
Amaran angin kencang dan laut bergelora

Seksyen A: Untuk Perairan Malaysia
Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama)

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak Barat, Sarawak Utara, Sabah Barat dalam tempoh Sabtu, 7 April 2018 sehingga Isnin, 9 April 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Seksyen B: Untuk Perkapalan
Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama)

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Pulau Layang-Layang, Palawan dan Labuan dalam tempoh Sabtu, 7 April 2018 sehingga Isnin, 9 April 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SUMBER: 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI