Menurut kenyataan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF):
Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar telah menerima aduan berhubung isu kutipan sumbangan bagi kos pembedahan Adik Mohammad Al Nuhi yang disiarkan menerusi page Sahabat Ustaz Syamsul Debat, baru-baru ini. Justeru itu, pihak hospital menafikan terdapat pesakit berkenaan yang menjalani rawatan di hospital ini. Akaun bank atas penama Mohd Safihi juga didapati telah beberapa kali menggunakan nama hospital ini untuk membuat kutipan sumbangan pesakit yang tidak wujud.
Pihak hospital menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati untuk membuat sumbangan bagi mengelakkan sebarang isu penipuan / scam.