Dakwaan Bahawa Kawasan KL Sentral Banjir Adalah Tidak Benar

TULAR:
1420

SEBENARNYA:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin menafikan satu hantaran di TikTok mengenai kejadian banjir yang telah berlegar di media sosial sejak semalam (24 Mei 2022).

Sehingga jam 2.00 petang 25 Mei 2022, tidak berlaku banjir di kawasan KL Sentral seperti yang digambarkan dan para petugas DBKL sentiasa bersiap siaga di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi memastikan kelancaran trafik serta memastikan kejadian air bertakung dapat diipulihkan dengan segera.

Sekali lagi ingin ditegaskan, ini merupakan video kejadian lama. DBKL juga sentiasa mengemaskini situasi semasa di media sosial termasuk memaklumkan lokasi-lokasi kejadian banjir kilat terkini.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI