Waspada SMS Yang Menyamar Sebagai MDEC Menawarkan Kerja Kosong Kepada Orang Awam

TULAR:
934

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC):

Pihak MDEC masih dimaklumkan terdapat sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan kerja kosong kepada orang awam dan juga kumpulan Telegram yang menyamar sebagai MDEC untuk mempromosikan skim pelaburan yang tidak sah.

MDEC adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk menerajui pembangunan ekosistem digital di Malaysia melalui polisi, pelaburan dan inisiatif pembangunan industri, program dan juga projek yang berkaitan.

Pihak MDEC ingin menegaskan bahawa MDEC TIDAK menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui SMS dan tidak menjalankan sebarang skim pelaburan secara langsung dengan orang ramai. Sila berhati-hati terhadap kumpulan ini sama ada di SMS, WhatsApp, Telegram dan aplikasi khidmat pesanan lain yang menggunapakai nama MDEC. Untuk maklumat yang sah mengenai inisiatif, geran dan program MDEC, sila layari laman sesawang kami di www.mdec.my

SUMBER:

Facebook Rasmi MDEC (i)

Facebook Rasmi MDEC (ii)

RALAT (1 Jun 2022): Artikel dikemaskini berdasarkan kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak MDEC berkenaan SMS pengambilan pekerja yang kononnya daripada pihak MDEC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI