Dakwaan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara COS 2021 Sebagai Penipuan & Tidak Telus Adalah Tidak Benar

TULAR:
1005

SEBENARNYA:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract of Service (COS) 2021 sebagai scam dan tidak telus.

Menteri Kanannya, Datuk Radzi Jidin berkata, sejak dari awal kekosongan 18,702 jawatan guru, keutamaan diberikan kepada graduan memiliki ikhtisas pendidikan kerana mereka sudah dilatih sebagai guru termasuk mempelajari pedagogi pendidikan.

Beliau berkata, jika wujud lebihan kuota atau kekosongan selepas perjawatan itu diisi oleh graduan ikhtisas pendidikan, barulah ia dibuka kepada graduan tanpa ikhtisas pendidikan. Apabila kerajaan memutuskan untuk membuka pengambilan COS, keutamaan diberikan kepada graduan dengan ikhtisas pendidikan berbanding graduan tanpa ikhtisas pendidikan.

Dari sudut pengambilan graduan tanpa ikhtisas pendidikan sebagi guru pula, KPM ujar Radzi lagi perlu mendapatkan kebenaran khusus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum sebarang pengambilan dibuat.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI