Waspada Panggilan Meminta Bayaran Bil Elektrik

TULAR:
1268

WASPADA:

Orang ramai diminta berhati-hati dengan panggilan rakaman permintaan bayaran bil elektrik dengan segera untuk mengelakkan pemotongan bekalan dalam masa dua jam.

Sumber gambar: Facebook TNB

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB):

Para pengguna yang dihormati, anda dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan panggilan rakaman permintaan bayaran bil elektrik dengan segera untuk mengelakkan pemotongan bekalan dalam masa dua jam. Berdasarkan maklumat terkini, panggilan tersebut hanya dilakukan ke talian tetap pengguna. Sila abaikan panggilan tersebut sekiranya anda menerimanya. Semak status bil anda menerusi aplikasi myTNB atau hubungi 1300885454 untuk pertanyaan lanjut.

SUMBER:

Facebook TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI