Waspada Panggilan Palsu Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia

TULAR:
207

Menurut CyberSecurity Malaysia:

CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah membuat sebarang panggilan telefon bagi tujuan yang tidak sah atau meminta maklumat peribadi seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan jangan berikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri anda daripada penipuan ini:

1. Jangan dedahkan maklumat peribadi:

Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada individu yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.

2. Sahkan identiti pemanggil :

Hubungi CyberSecurity Malaysia secara langsung untuk mengesahkan identiti pemanggil jika anda menerima panggilan yang mencurigakan.

3. Laporkan panggilan mencurigakan:

 Segera laporkan sebarang panggilan mencurigakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Artikel Terdahulu

1.Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia (2024)

2.Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia (2022)

SUMBER:

Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia

X Rasmi CyberSecurity Malaysia

Instagram Rasmi CyberSecurity Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI