Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia

TULAR:
853

Menurut CyberSecurity Malaysia:

CyberSecurity Malaysia menasihati orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia yang dibuat melalui panggilan telefon.

CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa tidak ada sebarang panggilan telefon yang dibuat oleh mana-mana pengawai CyberSecurity Malaysia berkaitan sebarang bentuk ancaman atau salah laku siber.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut apabila menerima panggilan scam tersebut:

  1. Jangan sesekali berikan butiran peribadi termasuk maklumat perbankan kepada pemanggil.
  2. Jangan sesekali klik atau mengakses kepada apa jua pautan atau lampiran yang dihantar oleh pemanggil.
  3. Lakukan semakan terhadap emel atau mesej yang diterima dengan pihak CyberSecurity Malaysia sebelum sebarang tindakan diambil.
  4. Laporkan panggilan scam tersebut ke [email protected].

SUMBER:

Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI