WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati daripada membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang.
Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia :
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang.
Sebaliknya, semakan awal boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti semakan no akaun yang pernah atau sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau Investor Alert https://www.sc.com.my/e…/investor-alerts/sc-investor-alerts/ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti atau entiti yang mencurigakan boleh menyalurkan secara terus ke:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia) 1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]
SUMBER :
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia