WASPADA:
Orang ramai diminta berhati-hati dengan sesetengah individu/pihak yang mengambil kesempatan untuk menjalankan penipuan dan memperdayakan pembeli dengan aktiviti jual beli dalam talian.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Kewujudan media sosial membuka pintu rezeki kepada ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Namun, tidak kurang juga ada sesetengah individu/pihak yang mengambil kesempatan untuk menjalankan penipuan dan memperdayakan pembeli.
Ikuti beberapa tips yang mungkin membantu mengelakkan anda daripada ditipu penjual online seperti berikut:
1. JANGAN lakukan pemindahan wang jika anda merasa ragu-ragu dengan penjual atau sekiranya penjual tergesa-gesq meminta wang dari anda.
2. LAKUKAN pemeriksaan terhadap profil penjual terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan jual/beli.
3. BERHUBUNG dengan penjual terlebih dahulu. Perkara ini sekaligus membuktikan bahawa penjual tersebut betul-betul wujud dan mengelakkan sebarang permasalahan kelak.
4. RUJUK dahulu testimoni dan maklum balas dari pembeli-pembeli sebelum ini. Rujuk juga peniaga lain yang menawarkan barangan yang sama bagi mendapatkan perbezaan pandangan.
5. PILIH UNTUK COD. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan pembelian “Cash On Delivery”. Pastikan anda bertanya kepada penjual sekiranya mereka menawarkan COD. Disamping dapat melihat sendiri barangan anda, ia juga dapat menjamin penjual tidak menghilangkan diri sejurus pembelian dilakukan.
Selain itu, jangan lupa untuk meminta ‘tracking number’ selepas membuat pembayaran(sekiranya pembelian melalui pos) dan mengucapkan terima kasih kepada penjual selepas barang diterima.
SUMBER: