Waspada Penyalahgunaan Logo Dan Menyamar Sebagai Pegawai BNM Atau LHDN

TULAR:
758

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM):

Ramai penipu mencuba helah baharu seperti menyalahgunakan logo dan menyamar sebagai pegawai BNM atau LHDN untuk memperdaya anda untuk memuat turun aplikasi yang bukan daripada platform aplikasi rasmi. Jangan terpedaya! Tamatkan perbualan segera.

Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.

SUMBER:

Facebook Rasmi BNM
Twitter Rasmi BNM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI