Iklan Menawarkan Lesen Tanpa Ujian Komputer Dan JPJ Adalah Tidak Benar

TULAR:
757

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

JPJ menerima laporan berkaitan iklan lesen terbang melalui aplikasi Instagram.

JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.

Menerusi iklan di pautan https://instagram.com/mydrivingschoolofficial?igshid=YmMyMTA2M2Y= tersebut, sindiket berkenaan menawarkan khidmat lesen memandu tanpa ujian komputer dan JPJ yang mampu diperoleh hanya dalam tempoh tiga (3) hari.

JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI