Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Hati-hati jika ada menerima SMS memaklumkan bahawa wang dikreditkan ke akaun e-wallet Touch ‘n Go anda dan disertakan link ke akaun e-wallet anda.
Ini adalah taktik yang digunakan scammer untuk mendapatkan maklumat seperti no. telefon dan no.pin akaun e-wallet anda melalui laman web palsu (phishing).
Ingat !
1. Jangan tekan pautan (link) yang diterima dari nombor yang tidak dikenali.
2. Akses akaun e-wallet anda dari aplikasi yang sah.
3. Semak SMS yang diterima dengan pihak berkaitan.
Kemaskini :
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung penipuan SMS melalui kod penghantar ‘GOV’ berkenaan bantuan kewangan e-wallet kepada orang ramai.
Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan cara menghubungi organisasi terlibat.
SUMBER:
Facebook Rasmi Cyber Crime Alert PDRM
Facebook Rasmi MCMC