Tiada Pergaduhan Melibatkan Kaum Di Sungai Petani

TULAR:
856

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Telah tular satu berita berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan kaum India dan Melayu di Sungai Petani Kedah melalui media sosial Facebook ‘Ayahanda-Ayahanda Sungai Petani’ yang menyebabkan kegusaran masyarakat setempat. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian sepertimana yang telah tular berlaku di Sungai Petani oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya menghentikan serta-merta menyebarkan perkara yang tidak benar yang boleh mengguris sentimen masyarakat. Pihak polis juga memohon kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Ranveer Singh Purba AL Sintokh Singh, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda di talian 018-467 4764 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-429 9222.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Kuala Muda


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI