Waspada Taktik Penipuan Menghantar Jemputan Mesyuarat Projek di Sabah Dengan Menggunakan Nama MCMC

TULAR:
169

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan jemputan palsu mengenai mesyuarat projek menara 5G dan JENDELA 2 di Sabah yang didakwa akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5 November 2024.

Jemputan ini adalah tidak benar dan merupakan cubaan untuk memperdaya orang ramai. MCMC telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

SUMBER :

Facebook Rasmi MCMC

Instagram Rasmi MCMC

X Rasmi MCMC

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI