Dakwaan 1.2 Juta Pelancong China Tidak Keluar Dari Malaysia Adalah Tidak Tepat

TULAR:
59

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN):

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menafikan dakwaan bahawa 1.2 juta pelancong dari China yang memasuki Malaysia tidak keluar semula.

Beliau menjelaskan bahawa antara 1 Januari 2018 hingga 30 November 2024, sebanyak 8,491,653 pelancong China tiba di Malaysia, dan 8,012,294 daripada mereka telah meninggalkan negara ini. Ini meninggalkan baki 479,359 orang.

Daripada jumlah tersebut, 129,005 individu memegang pas jangka panjang, 5,359 telah diusir atas kesalahan tertentu, dan 141,783 memohon pas khas. Oleh itu, hanya 84,817 pelancong dengan pas lawatan sosial yang belum keluar dari Malaysia.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa 1.2 juta warga China telah diberikan kewarganegaraan Malaysia. “Jadi jumlah individu dengan pas lawatan sosial yang belum keluar (dari Malaysia) adalah 84,817 daripada sejumlah 8,491,653 jumlah ketibaan.

Sejak 2013, hanya 103 individu dari China yang diberikan kewarganegaraan mengikut peruntukan Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan, melibatkan suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

SUMBER:

Bernama

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI