Waspada SMS Dengan Pautan ‘Spoofing’ Untuk Bayaran Notis Bil Tertunggak Menggunakan Nama TNB

TULAR:
230

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

Hati-hati jika menerima notis SMS bil tertunggak daripada TNB yang mengandungi pautan mencurigakan.

Jika anda menerima mesej atau pautan yang mencurigakan, jangan klik pada pautan tersebut.

Hanya gunakan saluran pembayaran rasmi TNB untuk pembayaran bil:
i. Aplikasi myTNB atau portal myTNB
ii. Touch’n Go eWallet
iii. ⁠JomPAY
iv. Perbankan dalam talian melalui FPX

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB

X Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI