Waspada Taktik Penipuan Yang Menghantar Pautan Berkenaan Bayaran Balik Pembayar Cukai

TULAR:
255

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HaSiL):

HASiL ingin menarik perhatian umum berhubung penularan maklumat palsu mengenai status bayaran balik pembayar cukai menggunakan portal MyTax. Justeru, ingin ditegaskan bahawa HASiL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Tiada sebarang makluman menggunakan portal MyTax boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, HASiL ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk e-mel, pautan dan teks Whatsapp yang mencurigakan. Sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti berikut:

i. Portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my ;
ii. Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my ;
iii. HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03- 8911 1000; dan
iv. Berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

SUMBER:

Laman Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

X Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI