Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):
PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengesan satu helah sindiket penipuan yang menghantar e-mel secara meluas kepada pemilik e-mel individu dengan mengguna pakai logo Rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai.
Halaman tersebut memaparkan notifikasi bahawa anda memiliki saman dibawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera. Jika tidak, anda akan diambil tindakan undang-undang.
Pengguna seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan melalui pautan yang disediakan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak membuat sebarang transaksi pembayaran melalui emel seperi yang diuar-uarkan.
SUMBER:
Facebook Rasmi JSPT
Astro Awani
Harian Metro
Sinar Harian