Astro AWANI Tidak Menerbitkan Poster Tular Yang Memaparkan Gambar dan Nama TYT Sarawak

TULAR:
792

SEBENARNYA:

Astro AWANI menafikan penerbitan poster hitam putih tertera nama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Poster yang turut tertera logo Astro AWANI beserta kapsyen Al-Fatihah beserta tahun kelahiran Yang diPertua Negeri Sarawak itu adalah tidak benar.

Astana Negeri Sarawak mengesahkan keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semakin baik.

Menurut kenyataan Astana Negeri Sarawak, Abdul Taib akan kembali ke Sarawak dalam masa terdekat atas nasihat doktor.

SUMBER:

Astro AWANI (1)

JAPEN Sarawak

Astro AWANI (2)

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI