JPA Tidak Pernah Mengeluarkan Kenyataan Penafian Ke Atas KP Perkhidmatan Awam

TULAR:
438

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam:

Merujuk kepada Kenyataan Media bertajuk ‘PENAFIAN FITNAH KE ATAS KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM’ bertarikh 4 Ogos 2023 yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan sedang tular di platform media sosial.

Kenyataan tersebut adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔.

Jabatan Perkhidmatan Awam 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini.

Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI