MBM Tidak Pernah Menghantar SMS Pukal Bersifat Provokatif Dan Menghasut

TULAR:
1537

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Majlis Belia Malaysia (MBM):

MBM terpanggil untuk menjawab isu berkenaan suatu hantaran pukal Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) “message blasting” yang seakan-akan mengaitkan MBM dalam hantaran yang bersifat provokatif dan menghasut.

MBM ingin menegaskan bahawa hantaran tersebut BUKAN bersumberkan daripada pihak MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung dibawah MBM.

Justeru, MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 ini. Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik.

Seterusnya, MBM akan mengambil tindakan lanjut dan suatu laporan polis akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Facebook Rasmi MBM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI