Waspada Terdapat Pihak Menggunakan Jata Kementerian Dalam Iklan Tawaran Pinjaman Wang Atas Talian

TULAR:
1291

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan bahawa kementerian telah membenarkan sebuah aplikasi pemberi pinjam wang “Elektronik-Dana” untuk menggunakan jata kementerian di dalam tawaran iklan pinjaman wang menerusi aplikasi “Elektronik-Dana” seperti mana yang ditularkan baru-baru ini di media sosial.

Berdasarkan semakan oleh Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, KPKT, aplikasi tersebut merupakan sebuah aplikasi pemberi pinjam wang yang tidak berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] yang dikawal selia oleh KPKT.

Sehubungan dengan itu, orang awam diminta untuk lebih berhati-hati sebelum melakukan sebarang urusan pinjaman dengan membuat semakan status sesebuah syarikat pemberi pinjam wang menerusi aplikasi yang telah dibangunkan oleh KPKT iaitu i-KrediKom.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKT
Twitter Rasmi KPKT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI