Video Mendakwa Terdapat Buaya Di Kawasan Pelabuhan Pulau Pinang Adalah Video Lama

TULAR:
2477

Menurut kenyataan media IPD Seberang Perai Utara:

Telah tular berkenaan rakaman seekor buaya yang didapati sedang menyusuri di NBCT, Butterworth di laman Facebook. Turut tular berkaitan laporan polis yang di buat oleh (1) lelaki Melayu yang melaporkan telah terlihat seekor buaya berukuran lebih kurang 10 kaki di kawasan jeti nelayan Pantai Bersih, Butterworth pada 24/12/2020.

YDH ACP Hj. Noorzainy bin Hj. Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut. Namun begitu tiada rakaman berkenaan buaya terbabit dikemukakan bersama laporan tersebut. Dimaklumkan juga rakaman seperti yang ditularkan adalah video lama yang telah dirakamkan pada tahun 2013 dan telah ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau memohon jasa baik masyarakat setempat agar tidak menokok tambah untuk mensensasikan lagi perkara berkenaan sebaliknya masyarakat tidak harus panik dengan keadaan tersebut. Tambahan itu, laporan yang telah diterima telah pun di rujuk dengan pihak Jabatan Perhilitan bagi tindakan lanjut.

Selain itu, beliau juga memaklumkan pihaknya bersama lain-lain agensi dan Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa memantau kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Orang awam juga dinasihatkan untuk menghentikan penularan video berkenaan bagi mengelakkan situasi yang membimbangkan di kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Seberang Perai Utara
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI