Menurut kenyataan JSJK PDRM:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan sindiket penipuan yang menawarkan tawaran pekerjaan palsu melalui laman sesawang ‘Lynxoasis.com’.
Berdasarkan siasatan, sindiket penipuan ini menggunakan platform Instagram dan Facebook untuk mengiklankan tawaran pekerjaan sambilan selaku agen tempahan hotel. Mangsa yang berminat akan diminta membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel sebagaimana diarahkan. Tempahan perlu dibuat menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan ia akan dipulangkan semula beserta komisen. Mangsa dijanjikan komisen sebanyak 0.6% hingga 10% bergantung kepada tugasan yang diselesaikan.
Terbaru, sindiket ini dikesan mula menyebarkan mesej ” job for senior ” yang mempromosikan pekerjaan sambilan di laman sesawang yang sama. Mesej ini yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp disyaki menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas.
Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk sebarang aduan dan nasihat berkenaan jenayah penipuan.
SUMBER: