WASPADA :
Orang ramaI diminta berwaspada dengan wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak telah mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.
Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN, Datuk Amar Dougkas Uggah Embbas.
Jumlah keseluruhan kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies ialah 33 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (lima), Samarahan (tiga), Serian (22), Sri Aman (satu), dan Sarikei (dua
“Memandangkan Kampung Mapu Kijabu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak sebelum ini, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-32 dan ke-33 wabak tersebut.”
SUMBER :
Kosmo