YBR Lantik Agensi Atau Organisasi Luar Bagi Pembiayaan Pendidikan?

TULAR:
360

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah melantik agensi atau organisasi di luar daripada YBR bagi tujuan pembiayaan pendidikan di institusi Pengajian Tinggi dan Institut Kemahiran Awam dan Swasta.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hebahan yang disebar adalah tidak benar.

Pihak YBR tidak ada melantik sebarang agensi ataupun organisasi di luar daripada YBR bagi tujuan pembiayaan pendidikan di institusi Pengajian Tinggi dan Institut Kemahiran Awam dan Swasta.

Sehubungan itu, mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat perlu merujuk kepada laman web di

SUMBER:

Twitter Rasmi Yayasan Bank Rakyat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI