Kekurangan Bekalan Petrol Dan Diesel Di Lawas, Sarawak?

TULAR:
681

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat kekurangan petrol dan diesel di Lawas, Sarawak.

Gambar hiasan. Sumber gambar : iMoney

SEBENARNYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlaku kekurangan petrol dan diesel di Lawas seperti yang tular di media sosial berikutan penutupan sebuah stesen minyak.

Ketua KPDNKK cawangan Limbang, Zakaria Awang berkata, stesen minyak di Lawas itu ditutup oleh pemiliknya kerana berlaku kesilapan semasa mengisi tangki minyak petrol RON95 di stesen berkenaan semasa proses pengisian tangki.

“Semasa proses pengisian (loading) dilakukan, tangki petrol RON95 telah diisi dengan diesel dan ini menyebabkan ianya bercampur sehingga memberi kesan kepada kereta pengguna yang mengisi minyak.”

SUMBER:

Kosmo!


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI