PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya 200 nelayan Malaysia telah ditahan pihak Indonesia sepertimana yang dilaporkan media.
SEBENARNYA:
Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM), tiada laporan mengenai bot nelayan Malaysia yang ditahan pihak Indonesia.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish menyangkal dakwaan yang dibuat Indonesia itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.