1.5 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Masuk Ke Malaysia?

TULAR:
654

PENJELASAN :

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed telah meluluskan Memorandum Persefahaman Malaysia-Bangladesh yang akan menyebabkan penghantaran pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta untuk bekerja di negara ini, sepertimana yang tular di media sosial.

3
Sumber gambar : Malaysia Aktif.

Menurut KDN, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh untuk tujuan pekerjaan.

Menurutnya lagi, kerajaan menegaskan bahawa tiada satu angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kerana ia akan bergantung kepada keperluan majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan, yang akan dipantau melalui Agensi Kawal Selia untuk setiap sektor.

SUMBER :

Facebook Kementerian Dalam Negeri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI