Baja Organik dari China, Jepun Dan Thailand Mengandungi Najis Babi?

TULAR:
1163

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa baja organik yang diimport dari China, Jepun dan Thailand mengandungi campuran najis babi.

Gambar  hiasan. Sumber gambar : Byjus.

SEBENARNYA :

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menafikan dakwaan bahawa baja organik yang diimport dari China, Jepun dan Thailand mengandungi campuran najis babi.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, kesemua baja organik yang diimport perlu melalui pemeriksaan Jawatankuasa Teknikal Pengimportan Mikroorganisme dan Bahan Organan (JKTPMOBO) sebelum dibenarkan dibawa masuk ke negara ini.

Tambahnya, baja organik yang dibenarkan dibawa masuk ke negara ini adalah berasaskan najis ayam, kambing, biri-biri serta bahan-bahan dari tumbuhan.

SUMBER :

Utusan Malaysia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI