Guru Larang Murid Duduki UPSR?

TULAR:
336

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan yang disiarkan dalam beberapa akhbar bertajuk “Guru Larang Murid Duduki UPSR” dan “Dihalang Ambil UPSR” sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Malaysian Chinese News

KKM menjelaskan bahawa dasar kementerian ialah membenarkan semua murid menduduki peperiksaan dan tiada halangan dikenakan kepada setiap murid untuk menduduki peperiksaan selepas mendapat laporan terperinci daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor.

JPN Johor dan sekolah tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan mengenai pengecualian calon daripada menduduki mana-mana peperiksaan, walaupun secara rundingan dengan ibu bapa.

SUMBER: 

Utusan Online 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI