Syarikat Keselamatan Dibenarkan Simpan Kad Identiti Individu?

TULAR:
1935

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya syarikat keselamatan boleh menyimpan dokumen identiti pelawat seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu sebelum dibenarkan memasuki premis mereka.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menurut KDN, berdasarkan Peruntukan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990, dan juga di bawah Peraturan 8A, jelas menyatakan bahawa hanya pegawai yang diberi kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 sahaja boleh untuk meminta dan memeriksa dokumen identiti seseorang.

Katanya lagi, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang selain daripada pegawai-pegawai yang dinamakan dalam peraturan 7 laitu seorang pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam, pegawai tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran sahaja, untuk secara tidak munasabah menahan kad pengenalan milik orang lain.

Ini bermakna, amalan pegawai keselamatan menyimpan kad pengenalan milik pelawat adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang, dan Kementerian meminta semua syarikat kawalan keselamatan memberhentikan serta-merta amalan menyimpan dokumen sekuriti pelawat yang memasuki premis persendirian seperti kondominium dan komuniti berpagar.

SUMBER :

Kementerian Dalam Negeri

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI