Bangkai Serpihan Pesawat MH370 Ditemui Di Utara Mauritius?

TULAR:
2340

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH370 telah ditemui di utara Mauritius penuh dengan lubang peluru.


SEBENARNYA:

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dakwaan penemuan bangkai pesawat MH370 dengan kesan lubang peluru telah ditemui di utara Mauritius adalah tidak berasas.

Malah, jelasnya Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut telah mengenal pasti berita itu dan menafikan dakwaan berkenaan. “Penemuan-penemuan itu adalah tidak berasas. Kita bekerjasama dengan ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) di Australia di mana kumpulan pakar kita telah kenal pasti kawasan pencarian itu adalah dekat perairan Australia dan bukan di sebelah Mauritius atau Afrika.

“Oleh itu, misi pencarian kita masih lagi berlangsung. Ocean Infinity masih berjalan dengan lancar dan kita berharap kita dapat menemui bangkai pesawat itu di kawasan perairan yang telah kita tetapkan iaitu 25,000 kilometer radius.”

SUMBER:

Berita Harian

MStar

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI