Bekalan Elektrik Sekolah Di Sarawak Terjejas?

TULAR:
235

PENJELASAN :

Pihak Kementerian Pendidikan memperjelaskan laporan bahawa bekalan elektrik terhadap 140 sekolah di 19 dearah di Sarawak terjejas sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Sarawak Voice

Menurut kenyataaan rasmi Menteri Kementerian Pendidikan, Dr Maszlee Malik :

Saya maklum mengenai masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tertentu di Sarawak. Sekolah – sekolah ini sepatutnya mendapat bekalan diesel dari Jepak Holdings Sdn Bhd, namun syarikat berkenaan gagal menyediakan bekalan sewajarnya.

Saya akan pastikan bekalan diesel dapat disampaikan kepada sekolah berkaitan secepat mungkin sebelum pelajar kembali ke sekolah selepas cuti ini.

Saya telah membenarkan kementerian saya membuat pembelian diesel baru sebagai langkah segera . Kementerian Kewangan juga telah mempertimbangkan urusan pembelian ini. Peruntukan akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan segera supaya pembelian boleh dibuat.

SUMBER : 

Laman Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI