Harga Makanan Turun Sebanyak 30%-50% ?

TULAR:
444

PENJELASAN :

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperjelaskan laporan bahawa harga makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : TV3

Menurut kenyataan rasmi Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani, YB  Salahuddin Ayub :

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan pandangan berhubung kenyataan saya berkaitan penurunan harga barang. Sesungguhnya pihak kementerian bersifat terbuka dalam menerima semua pandangan dan juga kritikan.

Saya mengambil maklum bahawa kenyataan saya mengenai harga bahan makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus sudah menimbulkan kekeliruan. Kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepada saya di beberapa lokasi dan laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.Selain itu, ia juga dibuat berdasarkan pemerhatian saya terhadap harga bahan makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani.

Namun kenyataan tersebut adalah terlalu umum dan tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara dan untuk semua bahan makanan memandangkan kajian ke arah itu belum dilakukan sepenuhnya.

Bermula 1 Jun 2018, Kerajaan telah mengumumkan bahawa CUkai Barang dan Perkhidmatan(GST) telah disifarkan. Walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas, keputusan Kerajaan ini amat baik dalam usaha untuk menurunkan kos pengeluaran makanan di sepanjang rantaian nilai terutamanya kos berkaitan input,kejenteraan dan perkhidmatan logistik pertanian.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pihak kementerian untuk membuat penilaian keseluruhan terhadap kesan kadar sifar peratus GST ini terhadap kos pengeluaran makanan dan seterusnya kepada harga bahan makanan.

SUMBER : 

Laman Facebook Rasmi YB Tuan Haji Salahuddin Ayub


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI