Waspada Sindiket Penipuan Jawatan Kosong

TULAR:
557

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan tawaran peluang pekerjaan yang sebenarnya tidak wujud.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Tata Consultancy Services.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, terdapat 25 aduan membabitkan aktiviti penipuan untuk memperoleh keuntungan mudah dengan menjanjikan peluang pekerjaan, termasuk jawatan profesional yang tidak wujud.

Beliau berkata, melalui laman web palsu itu, sindiket akan mengiklankan kekosongan jawatan seperti ketua pakar bedah, ahli pediatrik dan pengurus projek yang didakwa ditawar oleh organisasi yang ditubuhkan, dan mangsa akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit palsu atau e-mel, kononnya terdapat pengesahan kekosongan jawatan yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mangsa.

Amirudin berkata, tawaran dan gaji lumayan digunakan sebagai penarik kepada mangsa untuk mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi terbabit, dan pihak berminat dikehendaki menghantar salinan pasport dan maklumat peribadi mereka untuk pengesahan sebelum menerima tawaran kerja, serta sedikit pembayaran terlebih dahulu untuk menjamin kedudukannya.

Beliau menasihatkan pencari kerja supaya mendapatkan maklumat sahih tawaran jawatan kosong diterima, selain menghubungi syarikat berkenaan secara terus, atau berdepan risiko bukan hanya kehilangan wang, malahan kecurian maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.

SUMBER :

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI