Gegaran Di Sri Aman, Sarawak Akibat Gempa Bumi?

TULAR:
748

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat gegaran yang berlaku di sekitar Sri Aman, Sarawak berpunca dari kejadian gempa bumi.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sri Aman berpunca dari gempa bumi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, maklum balas itu diterima selepas pihaknya menghubungi Jabatan Meteorologi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

“Jabatan Meteorologi memaklumkan setelah diteliti, gegaran yang dirasai adalah terlalu kecil dan bukan disebabkan oleh aktiviti gempa bumi. Kemungkinan adalah disebabkan dari aktiviti perlombongan kuari, pembinaan dan sebagainya di kawasan berdekatan.”

SUMBER :

Astro Awani

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI