WASPADA:
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak menghampiri, mengganggu atau membaling apa-apa objek ke arah buaya yang dilihat di Pantai Lido, Johor Bahru.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jamalun Nasir Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan menangkap atau memindahkan buaya berkenaan kerana kawasan itu adalah habitat semula jadinya.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai perlu menghormati ruang buaya berkenaan dan jangan mengganggu dengan mendekati atau membaling apa-apa objek, sebaliknya menghormati ruang reptilia berkenaan.
“Kami sedar ia adalah habitat semula jadi reptilia itu sejak berpuluh tahun lalu, malah papan tanda amaran ditempatkan di kawasan berhampiran sebagai peringatan kepada orang ramai.”