SEBENARNYA:
Polis menafikan dakwaan kononnya Kajang termasuk Bandar Baru Bangi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan kawasan terbabit bertukar menjadi zon merah.
Mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan memaklumkan terdapat 16 sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di sekitar daerah Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, perkara yang tular menerusi mesej berkenaan adalah tidak benar.
“Maklumat itu adalah tidak betul. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.”