Dakwaan Terdapat Anggota PPK Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Positif COVID-19 Adalah Tidak Benar

TULAR:
1882

SEBENARNYA:

Menurut siaran media Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan bahawa terdapat anggota Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang disahkan Covid-19.

Pihak JKNJ juga tidak memuat naik sebarang kenyataan berhubung berita tidak benar berkenaan di Facebook rasmi JKNJ.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan pergerakan ke tempat-tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Selain itu, pemakaian penutup muka dan cecair nyahkuman hendaklah diamalkan setiap kali hendak berurusan di tempat awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI